Post Icon

Bonus raya!!!

Assalamualaikum..

Kakitangan awam skrg tengah seronok kan? Raya nanti dapat bonus setengah bulan gaji. Dah rancang ker nak buat apa? Dalam kepala anne dah rancang nak beli karpet baru dan langsir baru. Tapi bab langsir tu payah sikit sebab ada lagi ke orang nak ambil tempahan langsir sekarang ni? Nak jahit sendiri...setakat jahit lurus boleh la... Walaumacamanapun, berbelanja untuk raya tu biarlah berpada-pada, jangan semua benda nak tukar baru ( cewah...cakap kat orang). Peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

PBS BM tingkatan 1

KURSUS PENATARAN PBS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 DAERAH KUALA PILAH, JEMPOL, JELEBU

DAY 3

Tak pasal-pasal dah terjebak dengan BM....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Panduan urutan bayi yang anne dapat daripada www.rehal-centre.com. Dalam buku PaMa pun ader.


Panduan cara mengurut Johnson's Baby
1. MUKA
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.


2. DADA
Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.


3. TANGAN
Picit dan putar
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.


4. KAKI
Picit dan putar
Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
Menggulung
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.


5. PERUT
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.


Roda air
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.


Matahari Bulan
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.


Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.


I love you
I - Buatkan gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
Love - Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan.
U - Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.


6. BAHAGIAN BELAKANG
Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.


Kesimpulannya: Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Adam berubah bulan

Anne tertanya-tanya jugak kenapa Adam banyak sangat kerenah 2,3 hari ni terutama pada waktu malam. Macam malam tadi 2 kali dia bangun dan menangis-nangis, bila nak ditidurkan balik susah pulak nak tidur. Susu pun dah kenyang minum...

Pastu anne teringat, esok Adam dah masuk 9 bulan, agaknya dia banyak kerenah sebab nak bertukar bulan, bak kata orang tua-tua. So, untuk meredakan tangisan dia tu, anne gunala teknik urutan. MEMANG MENJADILA!. Anne tak penah cuba pun sebelum ni. So, lepas ni kalau Adam menangis-nangis lagi waktu malam, bolehla usap-usap dan urut-urut badan dier...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Bayi menangis berterusan

Menangis Berterusan

Menangis Berterusan
Pengenalan
Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.
Tanda dan Gejala
Bayi biasanya akan menangis apabila :
  • Lapar dan dahaga.
  • Mengantuk atau letih.
  • Kesejukan atau basah.
  • Minta didukung.
  • Perlu ditukarkan lampin.
  • Dalam kesakitan atau tidak selesa.
Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
  • Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
  • Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
  • Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
  • Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.
Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
  • Perut memulas.
  • Penyakit.
Rawatan
Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
  • Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
  • Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
  • Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian yang dihangatkan terlebih dahulu.
  • Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
  • Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
  • Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.
Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.
Perut Memulas
Menangis akibat perut memulas didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari) dan biasanya akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami perut memulas.

Cara menanganinya :
  • Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sedawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda berjalan-jalan dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakannya.
  • Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.
Penyakit
Sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk. Sekiranya bayi anda masih menangis berterusan meskipun semua cara di atas telah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.

Terima kasih kepada izieherb.net kerana memberikan informasi di atas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

carrot cake dan blueberry cheese tart

Akhirnya hajat bertahun2 nak buat keret kek n cis tart terlaksana jua. Anne punya keret kek merekah sikit maybe sebab tersilap switch api atas kat oven masa baking for the last ten minutes. Anyway, rasanyer tetap marbeles, thanks tu resepi ehsan dari Mat Gebu. Tengok dier punyer ntri2 membuatkan anne rasa berkobar2 nak test sume resepi2 tu...





Yang ni plak resepi yang anne ambik dari my resepi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

ipad cam @

Siapa cakap IPAd best??? Meh sini bagitau apa yang bestnya selain daripada tak mudah hang...Salah sAtu perkara yang tak bestnya pasal ipad ni, ha ari ni pada waktu ni, anne tak dapat attach gambar kat blogger ni...tu belum lain sebelum ni yang buat anne rasa menyampah plak kat Apple pasal restrict sangat. Nak attach banyak2skaligus kat email pon tak boleh...flash takde, banyak application kat web takleh main....takleh blootooth gambar or file dari komputer or hp selain dari keluaran apple. Ada banyak lagilah kelemahan lain...tak macam android..huh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS